Sepuluh Tonggak Melayu Bersendi Kitabullah
Bismillahirrahmanirrahim
Pemerhatian kami pada masyarakat Melayu masa kini memperlihatkan wujudnya sebilangan kumpulan atau jemaah Melayu Islam yang bersikap introvert, atau memandang ke dalam, iaitu berpuashati dengan hanya melaksanakan aktiviti-aktiviti sekadar pada sekitaran jemaah-jemaah dan kumpulan-kumpulan mereka masing-masing. Contohnya:

i. Kumpulan Tarekat
ii. Kumpulan Budayawan spt Pesilat dan Busana iii. Kumpulan Agamawan iv. Sejarahwan v. Kerabat-kerabat Diraja vi. Ahli-ahli akademik vii. NGO-NGO Melayu yang menfokus pada sesuatu bidang khusus spt kebajikan, ekonomi, hal ehwal Islam dsbnya Kurang atau tidak wujud kesefahaman serta kerjasama dalam jaringan, interaksi, muzakarah dan program-program bersama yang menghubungkan jemaah-jemaah dan kumpulan-kumpulan ini diantara satu sama lain. Secara rambang, aktiviti masing-masing berkisar hanyasanya pada ahli-ahli kumpulan semata-mata. RINGKASNYA, TIADA IKATAN, KESEFAHAMAN DAN KESATUAN YANG BERSIFAT MENYELURUH, YANG MAMPU MENGUKUH DAN MEMANTAPKAN UMAT MELAYU SECARA JITU SEBAGAI BANGSA PENDOKONG AGAMA SEBAGAIMANA PERANAN YANG PERNAH DIHIDUPKAN OLEH LELUHUR KITA. Tidak mengapa bersikap demikian jikalau kita tidak menghadapi serangan bertubi-tubi, dari atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang dari pihak-pihak yang hendak memijak-mijak dan meratah-ratah bangsa kita seperti cabarannya yang terang dan nyata di masakini Hari ini, kita terpaksa change our game plan.. mencari strategi baru dalam menghadapi serangan musuh-musuh bangsa dan agama. Kita perlu berhadapan dengan mereka SECARA BERJEMAAH, kerana jemaah akan mengukuhkan saf kita serta menarik rahmat dan pertolongan Allah pada bangsa kita. Bila kita bersikap status quo, tidak ada jaringan dan interaksi di kalangan jemaah-jemaah dan kumpulan-kumpulan Melayu dan Islam, natijahnya hampir tidak wujud kesefahaman tentang perkara-perkara asas serta nilai-nilai kemelayuan dan keislaman sebagai warisan leluhur yang seharusnya terus dikongsi, diamalkan dan dipelihara bersama-sama. |
|
Tiada kesefahaman tentang perkara-perkara kemelayuan dan keislaman yang seharusnya diperjuang dan dipertahankan secara bersama, secara berjemaah, sedangkan pada zaman dahulukala, dalam diri seorang Melayu, dialah pendekar, dialah pengamal, dialah berbusana, berkeris, berjuang kerana bangsa dan agama. Bersatu dan bersepadu, elemen-elemen kemelayuan dan keislaman tidak terpisah diantara satu sama lain
Hakikatnya, semua umat Melayu zaman dahulu berkesefahaman tentang nilai-nilai kemelayuan dan keislaman yang bukan sahaja dikongsi dan diamalkan bersama, baik yang Fardhu ‘Ain, mahupun Fardhu Kifayah, malah wajib diperjuang dan dipertahankan secara bersama-sama@berjemaah ke titisan darah terakhir, contohnya kepentingan memelihara dan mempertahankan fahaman, pegangan dan amalan umat Islam dalam lingkungan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Institusi Raja-Raja Melayu sebagai mata rantai dari Institusi Khalifah, memelihara dan mendokong ulama ASWAJA dalam tugasan mereka, kewajiban umat Melayu untuk terus menjadi bangsa pendokong agama dsbnya.
Atas maksud mewujudkan kesedaran, kesefahaman dan tali yang menghubungkan, malah mengikat, diantara kumpulan-kumpulan dan jemaah-jemaah yang berlainan ini, maka kami berhasrat mengketengahkan modul yang kami percaya mampu membangkitkan kembali ummah Melayu jika elemen-elemen yang terkandung padanya dihidup serta dipakaikan kembali kepada orang-orang Melayu.
Kami namakannya '10 TONGGAK MELAYU BERSENDI KITABULLAH';

10 Tonggak Melayu Bersendi Kitabullah
Pertama:
FAHAMAN AGAMANYA: AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH
Bentuk fahaman agama yang diajarkan oleh alim-ulama silam Nusantara, iaitu dalam kerangka fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah sehingga seluruh rumpun Melayu Nusantara bersatu padu dalam fahaman, pegangan serta amalan firqah tersebut.
Kedua:
INSTITUSI UMARA@RAJA-RAJA MELAYU
Sejarah, peranan dan kepentingan Institusi Raja-raja Melayu sebagai umara yang membentengi Islam dan bangsa Melayu dalam lanskap pemerintahan Melayu sejak zaman berzaman.
Ketiga:
AHLUL-BAIT NABI SAW DI ALAM MELAYU
Sejarah, peranan, sumbangan dan warisan ahlul-bait Nabi ﷺ
dalam perkembangan Islam dan politik-sosio-budaya Melayu Nusantara
Keempat:
ULAMA TRADISIONAL & KITAB KUNING
Peranan dan fiqh dakwah alim-ulama tradisional sehingga berhasil membentuk umat Melayu Nusantara sebagai bangsa 'nafi isbat' dan ‘Ummatan Wasata’ atau Melayu Moderat iaitu umat yang bersederhana, mempunyai keseimbangan duniawi-ukhrawi serta mampu bersikap adil kepada semua.
Kelima:
BAHASA JAWI PENGANTAR ISLAM
Kepentingan peranan Bahasa Melayu klasik yang sengaja dipilih alim-ulama awal Nusantara sebagai bahasa penghantar Islam sehingga umat Nusantara dapat beramal serta menjiwai agama Islam dengan cepat, berkesan dan syumul.
Termasuk kepentingan kitab kuning yang banyak terkandung rahsia-rahsia kejiwaan, kekuatan dan seribu benteng Melayu sebagai media penting yang digunakan untuk membimbing serta menguatkan masyarakat Melayu Nusantara pada zahir dan kebatinannya.
Keenam:
ADAB, AKHLAK DAN TASAWUF MELAYU
Peranan pengajian Ilmu Adab, Akhlak & Tasawuf kepada masyarakat Nusantara sehingga mampu melahirkan golongan yang mempunyai Disiplin Akal, Disiplin Hati dan Disiplin Amal yang tinggi, halus dan terpuji. Antara bukti ketinggian serta kehalusan akhlak, adab budi umat Nusantara adalah terjemahannya dalam bentuk ungkapan-ungkapan peribahasa Melayu lama.
Ketujuh:
ADAT MELAYU BERSENDI KITABULLAH
Sejarah, peranan, kepentingan dan warisan Adat Melayu dalam mengatur serta mengharmonikan masyarakat Nusantara dari berbagai latar belakang yang bersifat dinamik.
Penyusunan semula masyarakat Melayu Nusantara dengan menyeragamkan nilai, norma dan adat yang ditiupkan roh dan jiwa Islam telah berhasil mewujudkan kerukunan, kesentosaan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan dalam konteks kehidupan masyarakat Islam yang berbagai kaum sehingga menjadi ‘kesatuan dalam kepelbagaian’.
Kelapan:
SENI BELADIRI & PERSENJATAAN MELAYU
Sejarah, peranan, serta kepentingan seni beladiri dan persenjataan Melayu sebagai pertahanan Islam, perlindungan maruah, diri, keluarga, bangsa dan tanah air yang merupakan sunnah Rasulullah ﷺ
Malah ianya berhasil membentuk sahsiah dan disiplin Melayu Nusantara yang tinggi.
Sebagai salah satu kaedah seni beladiri dalam lingkungan budaya umat Islam, silat Melayu merupakan satu kaedah menegakkan syiar Islam selain melahirkan pahlawan-pahlawan Melayu yang gagah perkasa menentang musuh-musuh bangsa dan agama semenjak zaman berzaman.
Kesembilan:
SASTERA DAN SENI MELAYU ISLAM
Sejarah, peranan, kepentingan dan warisan Sastera dan Seni Melayu dalam menayangkan intisari keindahan serta keagungan Islam pada kehidupan batin masyarakatnya dan keupayaan menterjemahnya secara zahir dalam bentuk media sastera dan seni Melayu yang cukup halus dan kreatif.
Kesepuluh:
MELAYU & KUDRAT ALAMI
Keterikatan, keakraban serta kemesraan umat Melayu Nusantara dengan alam. Orang Melayu bersikap alamiah ataupun mesra alam serta menghormati alam. Iaitu berinteraksi dengan alam untuk memenuhi keperluan seharian dengan rasa mesra dan penuh rasa hormat tanpa melakukan kesalahan yang besar. Malah orang Melayu juga belajar dengan, dan dari alam sehingga tercetus ungkapan :’alam terkembang menjadi guru’.

Buat Renungan ...
Kita semua bekerja, tidak ada yang tidak bekerja.. Namun, sudah sampai masa untuk kita BEKERJASAMA pula. Kerana Sayyidina Ali kmwjh pernah menyebut: "Golongan batil yang sedikit namun gerakannya tersusun akan berhasil mengalahkan golongan majoriti yang benar namun gerakannya tidak tersusun.." Fikir-fikirkanlah...