Pertubuhan Kesedaran Melayu & Islam
" Kembalikan Melayu
pada Kemelayuan..."
  • Laman Utama
    • Senarai Ulama Ahlus Sunnah (Luar)
    • Rukun Muafakat Melayu >
      • Puisi 'Karamah Melayu'
      • Puisi 'Insaflah Umat Islam'
      • Syair 'Rintihan Raja Melayu'
    • Media
  • Modul
  • 10 Tonggak Melayu
  • Program & Aktiviti
    • Program-program Awal >
      • Program Politeknik Ibrahim Sultan 5-6 March 2014
      • Dokumentari 'Daulah Melayu'
      • Kuliyah Bulanan KEMUDI >
        • Topik-topik Bulanan
      • Rehlah Dakwah di UK
    • Sidang Usul Warisan >
      • Sidang Usul Edisi 2
      • Sidang Usul Edisi 3
      • Sidang Usul Edisi 4
      • Sidang Usul Edisi 5
      • Sidang Usul Edisi 6
      • Sidang Usul Edisi 7
      • Sidang Usul Edisi 8
    • Program 2017 >
      • Haflah Zikir Perdana 2017
      • Majlis Tahlil Perdana 30/08/17
      • Pengajian Kitab di Qatar 2017
    • Program 2018 >
      • Rehlah Rohaniyat Pulau Besar 17-18 March
  • Hubungi Kami

 Kunjungan Hormat Ke Pejabat YDP YADIM 19 Jan 2018


Sollu 'alan Nabiy

Alhamdulillah, sebagai pembuka tirai aktiviti pertubuhan kami pada tahun 2018 ini, AJK SERI KEMUDI telah berkesempatan membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Yusri Mohamad di pejabatnya di Putrajaya pada hari Jumaat, 19hb Januari baru-baru ini.

Saya sebagai 'ibu dan mentor' kepada ajk Seri Kemudi (Biro Putera-Puteri Kemudi) yang diketuai oleh Ustad Hanif bin Ibrahim@ Ustad Angah, telah mengambil peluang keemasan ini dengan Dr Yusri untuk berkongsi misi dan visi NGO KEMUDI, khususnya pada tahun 2018 ini untuk lebih menfokus dalam mendidik serta membangunkan GENERASI MUSTAFAWI dari kalangan anak-anak muda, iaitu yang mencintai, beramal dan berkhidmat kepada Rasulullah saw dalam teras Aqidah, Syariat dan Tasawuf dalam kerangka fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah, dalam berbagai aktiviti ilmiyah dan kebajikan masyarakat, sekaligus mengenal, memahami, menghargai, menghayati dan selesa dengan identiti dan jatidiri leluhur bangsa yang murni luhur.

Alhamdulillah, pertemuan lebih sejam ini merupakan peluang dan pendedahan bermenafaat untuk kepimpinan Seri Kemudi ini mengasah bakat kepimpinan dan keyakinan diri, selain mendapatkan pengalaman duduk dalam mesyuarat resmi, dan membuat pembentangan di hadapan seorang tokoh tertinggi kepimpinan YADIM yang sangat aktif menganjurkan berbagai aktiviti dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan di seluruh tanahair, alhamdulillah.

InsyaAllah, KEMUDI akan terus membuka berbagai peluang kesempatan kepada  BIRO SERI KEMUDI untuk terus aktif dalam khidmat masyarakat, menganjurkan program-program ilmiyah, bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh masyarakat dari berbagai bidang sebagai persediaan untuk menjadi pelapis kepimpinan ummah yang mempunyai ciri mustafawi sepertimana yang dicatatkan sebelum ini. Amiin ya Robbal 'alamiin.

  • Laman Utama
    • Senarai Ulama Ahlus Sunnah (Luar)
    • Rukun Muafakat Melayu >
      • Puisi 'Karamah Melayu'
      • Puisi 'Insaflah Umat Islam'
      • Syair 'Rintihan Raja Melayu'
    • Media
  • Modul
  • 10 Tonggak Melayu
  • Program & Aktiviti
    • Program-program Awal >
      • Program Politeknik Ibrahim Sultan 5-6 March 2014
      • Dokumentari 'Daulah Melayu'
      • Kuliyah Bulanan KEMUDI >
        • Topik-topik Bulanan
      • Rehlah Dakwah di UK
    • Sidang Usul Warisan >
      • Sidang Usul Edisi 2
      • Sidang Usul Edisi 3
      • Sidang Usul Edisi 4
      • Sidang Usul Edisi 5
      • Sidang Usul Edisi 6
      • Sidang Usul Edisi 7
      • Sidang Usul Edisi 8
    • Program 2017 >
      • Haflah Zikir Perdana 2017
      • Majlis Tahlil Perdana 30/08/17
      • Pengajian Kitab di Qatar 2017
    • Program 2018 >
      • Rehlah Rohaniyat Pulau Besar 17-18 March
  • Hubungi Kami
✕