Sidang Usul 5: Alam Melayu pra Islam: Menjejak Bayang KeTauhidan
Sollu 'alan Nabiy
“Bahawa sudahlah hamba kahwinkan anak Raja Kida Hindi yang bernama Puteri Syahrul Bariyah dengan Raja Iskandar. Adapun isi kahwinnya tiga ratus ribu dinar emas, redakah Tuan Hamba? “
Maka sahut Raja Iskandar: ”Redalah hamba”.
Maka dikahwinkan Nabi Khidirlah anak Raja Kida Hindi dengan Raja Iskandar atas syariat Ibrahim Khalilullah, di hadapan segala mereka yang tersebut itu “
Sumber:
Sulalatus Salatin@Sejarah Melayu
Sudah sedia maklum bahawa dunia Melayu sebelum Islamnya adalah terlingkung pada ideologi serta amalan Animisme & Hindu-Buddha. Barangkali kita perlu juga disedarkan tentang wujudnya BAYANGAN KETAUHIDAN di wilayah ini, hasil daripada ajaran Nabi Ibrahim as yg diwarisi oleh anak cucunya yg dikatakan merupakan bahagian drp juzuk-juzuk Melayu lama.
Dalam program Sidang Usul Warisan Melayu Mustafawi, edisi ke V ini, saya akan berkongsi sedikit sebanyak ciri-ciri bayangan ketauhidan tsb drp kajian-kajian saya insyaAllah. Juga, sebagai memenuhi tanggungjawab dakwah & pendidian dlm Ilmu Tauhid Makrifat, Sidang Usul akan menyambung pengajian kitab Allah, Syariat, Hakikat, daripada anaknda Ustad Sunan Angah.
Jumpa di Darusssakinah pada 21hb Oktober ini.Kali ini kita berbusana ye utk sesi bergambar....

Catatan Pengerusi KEMUDI:
Sollu 'alan Nabiy
Sejuk hati bila melihat anak-anak muda menekuni kuliyah sejarah yang juga diselitkan slot khusus pengajian ilmu Tauhid Makrifat, mereka hadir secara istiqomah, berdisiplin dan bersemangat.
Apabila diminta datang dengan busana, baju Melayu dan baju kurung, mereka seronok kerana sudah mulai faham keterikatan Melayu dengan Islam yang intim, diterjemahkan dalam berbagai aspek Melayu termasuk busana dan pengkerisan. Mereka bermain-main silat, tangkap gambar satu sama lain, berbincang dan berbual tentang apa yang telah dipelajari dan bertanya khabar diantara satu sama lain.
Sebelah petang, kami bermesyuarat pula untuk tugas khidmat dalam tiga program yang akan dikendalikan oleh Ngo saya, KEMUDI bersama sahabat Ngo dan entiti lain termasuk Mawlid Perdana (PERTAMA), Mawlid Agong Alam Melayu (RATIB ALAMI) dan World Salam Day (PERTAMA) pada 1-2 hb Disember ini bersempena Mawlidurrasul.
Inilah yang seharus dan sebaiknya dilakukan oleh generasi muda, mencari nilai diri dan belajar tentang sejarah leluhur, apa maksud kemelayuan, apakah jatidiri leluhur kita yang sebenar dan mengapa kita perlu kembali pada jatidiri dan peradaban leluhur yang murni luhur. Mereka belajar Ilmu Tauhid Sifat 20 dari Ustad Angah, belajar mengenal Allah, sekaligus sedia bersama dalam khidmat program-program yang berfaedah dengan semangat, kegembiraan dan perasaan persaudaraan/kekeluargaan yang akrab diantara kami.
Saya panggil mereka anaknda-anaknda saya dalam keluarga SERI KEMUDI. Moga Allah terus menjadikan mereka istiqomah dalam perkara mencari ilmu, belajar adab dan melaksanakan tugas khidmat kepada agama, bangsa dan watan, supaya kelak mereka dapat menjadi pelapis yang berguna dalam kepimpinan masyarakat.
Kepada Ustad Angah,Uzair, Ameer, Din, Asyraf, Intan, Fatimah, Jhum, Masni,Acu, Ija, Siti, Fariha, Naila dan yang lain yang sudah bersama bonda dalam SERI KEMUDI dari awal, sekaligus membantu KEMUDI meyelenggara ahli khidmat yang lain, tahniah atas semangat dan disiplin kalian.
Kepada ahli-ahli baru sidang, moga terus dapat beristiqomah dengan Sidang Usul Warisan Melayu Mustafawi.
Oh ye, kepada dua puteri bonda, Jhum dan Masni, tahniah kerana memenangi Kuiz Sidang Usul Warisan. Dan tak lupa kepada Din, terima kasih kerana menjadi jurugambar kami yang ceria :)
Moga Allah merahmati kalian semua, amiin ya Robbal 'alamiin ...
Sumber:
Fb Tun Suzana Tun Hj Othman